Friday, August 12, 2011

jumaat dulu-dulu,

malam jumaat je, mesti jadi kelam kabut. macam-macam nak kene gosok. baju melayu sepasang, samping sehelai. berpeluh jugak lah nak seterika baju sepasang tu. nasib baik songkok tak maen seterika-seterika nie. kalau tak, memang masak la dalam bilik seterika tu.

mase junior, habis je prep malam laju-laju balik dorm. sebab takut bilik seterika penuh. lepas seterika semua, terus tidur. takot kene panggil ngan senior. kang tak pasal-pasal kene beratur panjang semata-mata nak gosok baju senior. tak berbaloi.

tapi selalu jugak la kene kejut. tapi kalau taktik jadi, memang takkan bangun la. kene pandai pilih lah mane nak bangun mane tak nak bangun. silap pilih, kau yang nahas. tapi dulu, memang ade kontrak tetap. jumaat malam ambik baju lepas tu hantar bile dah siap. nasib baiklah baju melayu pakai sekali seminggu je. tak lah penat sangat nak basuh.

pernah jugak aku tido dalam bilik seterika sebab tak nak kene potong line. tapi bangun-bangun je, bilik dah kosong. memang baik punye kawan lah tak kejut. memang empuk simen dalam bilik tu. kalah tilam dorm.

dah gosok kene simpan elok. cari nahas lah kalau gantung kat pintu loker ke kat tingkap ke. esok pagi, memang kau pergi perhimpunan pakai baju sekolah macam hari-hari lain lah. malam jumaat memang byk 'ops samping'. tak sah kalau sehelai tak hilang malam tu. lupe letak mane la, senior suruh cari la. macam-macam alasan. paling best bile rembat tu tak perasan ade tulis nama kat samping. lepas tu kantoi direct dengan tuan dia. mana nak sorok muka??

hari jumaat nie memang hari popular dalam semua hari kat sekolah dulu. hari paling ramai nak pentas. bukan dapat anugerah. tapi sebab tak pakaian lengkap. aku pon pernah sekali sebab samping hilang. memang malu lah dok depan tu. nasib baik sekolah sejenis je. takde lah malu sangat..

tapi ade jugak cara nak lepas dari naik pentas. pakai baju rasmi konon-konon ade hal. kadang-kadang selamat la. tapi ade jugak cikgu suruh yang pakai baju rasmi tinggal kat perhimpunan. mase tu memang gelabah tahap cipan lah. mane lagi kau nak lari? konfem kantoi kalau nak menyelit celah-celah baju putih.

masa khutbah mase untuk tebus balik masa tidur kau. mase tu, memang wirid zikir tak ingat dunia dah. sampai muka cecah lantai. masa junior tak boleh buat sangat sebab kene salin khutbah lepas tu hantar kat bilik pengawas. kadang-kadang aku tido je. lepas solat mase bace doa, aku kutip tiru lah isi-isi kat kawan-kawan. tu la gunanya kawan kan.

masa junior mesti berebut-rebut nak pergi dewan makan. takut sesak dengan senior. lari macam kene kejar anjing dah. tapi dah senior rilek je. jalan slow-slow siap boleh maen kutuk-kutuk lagi. kadang-kadang patah baik sebab makan tak sedap. tapi kalau sedap, memang cari jalan nak dapat lebih lah. biaselah, lumrah manusia.

lepas siap makan, balik tido lah. kalau mase junior, mase bagus nak basuh baju sebab tak ramai lagi orang mase tu. tapi dah naik senior nie, banyak guna mesin basuh je. kadang-kadang guan mesin basuh manual la. biasa la. kat sekolah nie macam kitaran. apa yang kau kene, kau akan buat jugak nanti bile kau dah senior. memang indah jumaat dulu masa sekolah.

notakaki : dulu selalu mintak tolong kawan-kawan nak pakai samping..

2 comments: