Sunday, November 20, 2011

Bahan, Bukan Kutuk

Semua ni hanya berdasarkan pandangan aku sahaja. Tidak ade kene mengene dengan yang hidup atau yang mati. Tapi kalau dah terasa tu, mintak maaf lah ye. Tak ade niat nak tujukan kat siapa-siapa pon sebenarnya. Blog aku, ikut suke aku lah nak post jadah benda ape sekalipun.

Dalam dunia nie semua benda kalau boleh nak racist. Racist rambut, racist kaum, racist agama. Paling tak tahan sekali racist  darah. Aduh, benda tu pon boleh buat modal racist. Unik kan manusia ni. Tapi ni bukan nak cerita pasal racist sangat la aku rase. Cume berkisar tentang satu perkataan. Dan akan aku huraikan pandangan aku tentang perkataan bahan ni.

umumnya, lelaki la yang kuat bahan membahan ni. Sebab bagi sesetengah orang, bahan nie boleh rapatkan antara kau dan si dia. Bukan si ‘dia’ , tapi si dia. Sebagai contoh kau tak kenal orang tu, nak tegur segan, tapi rase nak kenal. Macam mane nak buat? Tak payah dok pening-pening, kau masuk je dengan soalan bodoh tak pon kau buat je bodoh alang kau depan die, mudah-mudahan berhasil. Jom tengok pendapat aku dulu.

  • Orang Yang Suka Membahan dan Boleh Dibahan
Yang ni aku rase boleh masuk dalam kebanyakan kelompok. Tak kira yang baik atau yang kurang baik. Dia akan membahan sesedap rasa dan boleh terima kalau dia kena bahan macam mana teruk sekalipun. Orang macam ni memang patut di respek sebab die mengamalkan ‘give and take’. Baru lah adil kalau dapat bagi dan dapat terima. Takde lah orang akan bahan kau dua tiga kali ganda macam kes yang atas tu.

  •  Orang Yang Tak Membahan tetapi Tak Kisah Dibahan
Yang nie kategori baik dan sporting. Kene bahan, senyum je. Tak marah. Mungkin dia pun fikir yang bahan ni boleh rapatkan hubungan antara satu sama lain. Bukan hubungan sejenis okay. Jangan salah faham pulak. Yang ni kurang musuh dengan orang lain dan hidup die manis je memanjang. Dah senyum memanjang, manis memanjang lah kan. Tak pepasal. 


  • Orang Yang Takde Langsung Dua Dua
Yang ni tak boleh nak salahkan orang tu. Mungkin dia jenis yang tak suka ambik port dengan semua benda ni. Atau mungkin jugak die tu jenis yang dengan dunia dia je. Tu memang tak dapat nak tolong lah kan. Sebab kalau die dah kat dunia dia sendiri, macam mana nak intercept kan. Tu boleh pakat doa die keluar dari dunia dia dan masuk ke dunia nyata lah. Ape pun, tu hak masing-masing. Sebaiknya, jangan lah libatkan kategori orang macam ni bila ada sesi bahan membahan.

  • Orang Yang Suka Membahan Sahaja

Ok, yang nie antara yang akan dipulau hingga kepulauan paling hujung kat dunia. Orang macam nie memang akan mencelah macam mana sekalipun kalau ade orang tengah rancak membahan seseorang. Die akan masuk dan akan pumpangpumpang. Konfem die akan goreng mangsa dengan sesedap rasa. Tapi bile part die kene bahan, mule nak merajuk nak tacing. Aduh, hati tisu betul orang macam ni. Kutuk maki orang bukan main sedap. Kene dekat kau, tarik muke sampai 14 pesen.
 

Sekian sahaja buat masa ini. Semoga berjumpa lagi di masa akan datang.
 




Wednesday, September 14, 2011

bermula,

hari terakhir untuk minggu pertama. ok lah tapi cuma tak memuaskan. dari 6 subjek yang aku ambik, 1 kelas cancel, 3 kelas buat briefing, 2 kelas dah start lecture. penat letih semua dapat. kursus teras kawan-kawan lain semua dalam 12-14 jam kredit je. tapi budak-budak IT, teras je dah 18 jam kredit. memang tak menambah lah aku. tapi jadi 19 jugak sebab tambah softskill. kos ni aku rase macam critical thinking mase asasi dulu je. aku rase la.

tapi tahun 1, semua kene ambik subjek yang same. so, ade la dalam 250 budak IT dalam satu-satu masa dalam dewan kuliah tu. aku dah la jenis senang membelok. semalam calculus pon dah hanyut kejap. mati la kalau semua kelas aku nak hanyut. bole terbang impian nak dapat senarai dekan. haihh..

sumpah post nie mengarut sebab aku baru bangun tido.

Thursday, September 08, 2011

woah,

bersawang habeh dah blog nie. dah la post nye baru seciput je. tapi yang penting, sekarang aku sedang melalui saat-saat paling tak-best-gile dalam hidup. sumpah menyakitkan hati. dah, nak bagitau tu je. sumpah cuak kantoi sebab aku takde seluar slack mahupun khakis. jadi jean hitam la yang aku lenjan. doakan aku selamat. amin.

Tuesday, August 23, 2011

#1 WW : Reminder


Wednesday, August 17, 2011

perempuan lagi baik,

selesai solat jemaah, semua berpusu-pusu keluar dari masjid. terdengar suara kecil berceloteh dengan ayahnya. ramai yang memerhati apabila budak itu berkata-kata kepada kedua ibu bapanya.

Anak (A)
Bapa (B)
Ibu  (I)

A : abah, ibu, orang perempuan lagi banyak dapat pahala kan mase bace doa?
*ayah dan ibu terkejut
I : kenapa adik cakap macam tu? sape yang ajar adik?
B : nie mesti dok mengarut mase solat tadi ni.
A : betol lah, cuba ayah ngan ibu tengok betul-betul mase kita baca doa.
B : ye la,kenape? kan semua orang tadah tangan.
A : yela, semua tadah tangan, xkan tadah baldi pulak. tapi mesti abah tak tau benda ni.
I : hish adik nie. cakap je lah.
A : haa, orang perempuan dapat lebih pahala sebab dia pakai telekung. pahala tak jatuh berterabur. kan?
*ayah dan ibu ketawa diikuti orang sekeliling yang dengar
B : adik, tuhan tak kira macam tu lah. nanti adik besar adik paham lah. dah, jom kita balik.

*kejadian benar dan perbualan telah ditukar dialek. takut kurang faham pulak nanti.

Sunday, August 14, 2011

malu sangat,



mata terpaku ke arah seorang anak kecil,

gerak-geri nya begitu memukau,

khusyuk nya terasa lebih dari ku,

selesai solat, tangan dihulur,

tidak mengenal wajib mahupun sunat,

malu aku dengan dirinya,

terkenang kenangan di masa lampau,

pujian datang bertali arus,

membuat aku hanyut di kemudian hari,

semoga ramadhan 2011 mengubah aku,

kearah dahulu yang gemilang,

ataupun yang lebih baik.


notakaki : nak buat post takde idea nak tulis apa. so keluarlah idea buat macam ni.


"Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim"

Aku dah di tag oleh ciktiqzs. aku azam sape tag benda-benda kat aku, aku buat tanpa banyak bunyi.


tekan SINI
 
 
 
mari lah join ramai-ramai. bukan harap sangat nak menang tu. tapi daripada buang masa, elok jugak post benda yang mudah nie. konfem blog korang pon dah bersawang kan?

mangsa aku :

Muni Mokhtar

Nia Ridzwan

Filza Zuhaira