Saturday, August 06, 2011

kecil hingusan,


sumber : nia ridzwan


umur berapa korang start puasa? rata-rata dah start sejak dari tadika lagi kan. tapi tak semestinya terus boleh full sebulan mase mula-mula start puasa. setakat terbabas tiga empat hari tu takde hal lah kan. tapi sape yang boleh puasa penuh mase kali pertama die, memang aku tabik lah. bukan senang nak buat perfect kalau first time kan. baek kau bangga kau puasa penuh dari bangga kau boleh wheelie lapan tiang. benda baik tak salah nak dibanggakan selagi bukan tujuan kau nak riak.

ramadhan masa aku kecik memang banyak cerita dan fakta-fakta menarik. aku mula puasa umur lima tahun. ade la dua tiga hari yang terkucil sikit. yang tak sengaja dan ade jugak yang disengajakan. sumpah best mase mula-mula puasa. mungkin mase umur tiga empat tahun, aku tak faham lagi ape puasa tu. macam aku fikir macam mana nak guna kad atm. bace sendirilah serba sedikit trivia puasa mase kecilku. =)

Yang Best :
  • dekat tadika bising-bising cakap aku puasa hari tu
  • ma abah pujuk macam-macam bila cakap nak bukak puasa
  • petang lompat-lompat nak pergi bazar ramadhan
  • masa tarawikh diam kejap je, cari kawan bile dah start rakaat ke-3
  • abis tarawikh, abah bawak pergi minum kat kedai

Yang Kurang Enak :
  • susah nak tahan bile perut dah start marching
  • pernah terlupa tengah puasa, tapi bile dah tringat sambung je makan ( geleng kepala ma aku )
  • pernah nak tumbuk kawan sebab makan depan aku ( menunjuk-nunjuk pulak tu )
  • usik kawan sampai nangis ( cakap sape tak puase, tak boleh raya )

 p/s : saya budak baru belajar, tolong bagi tunjuk ajar.

1 comment: