Sunday, November 20, 2011

Bahan, Bukan Kutuk

Semua ni hanya berdasarkan pandangan aku sahaja. Tidak ade kene mengene dengan yang hidup atau yang mati. Tapi kalau dah terasa tu, mintak maaf lah ye. Tak ade niat nak tujukan kat siapa-siapa pon sebenarnya. Blog aku, ikut suke aku lah nak post jadah benda ape sekalipun.

Dalam dunia nie semua benda kalau boleh nak racist. Racist rambut, racist kaum, racist agama. Paling tak tahan sekali racist  darah. Aduh, benda tu pon boleh buat modal racist. Unik kan manusia ni. Tapi ni bukan nak cerita pasal racist sangat la aku rase. Cume berkisar tentang satu perkataan. Dan akan aku huraikan pandangan aku tentang perkataan bahan ni.

umumnya, lelaki la yang kuat bahan membahan ni. Sebab bagi sesetengah orang, bahan nie boleh rapatkan antara kau dan si dia. Bukan si ‘dia’ , tapi si dia. Sebagai contoh kau tak kenal orang tu, nak tegur segan, tapi rase nak kenal. Macam mane nak buat? Tak payah dok pening-pening, kau masuk je dengan soalan bodoh tak pon kau buat je bodoh alang kau depan die, mudah-mudahan berhasil. Jom tengok pendapat aku dulu.

  • Orang Yang Suka Membahan dan Boleh Dibahan
Yang ni aku rase boleh masuk dalam kebanyakan kelompok. Tak kira yang baik atau yang kurang baik. Dia akan membahan sesedap rasa dan boleh terima kalau dia kena bahan macam mana teruk sekalipun. Orang macam ni memang patut di respek sebab die mengamalkan ‘give and take’. Baru lah adil kalau dapat bagi dan dapat terima. Takde lah orang akan bahan kau dua tiga kali ganda macam kes yang atas tu.

  •  Orang Yang Tak Membahan tetapi Tak Kisah Dibahan
Yang nie kategori baik dan sporting. Kene bahan, senyum je. Tak marah. Mungkin dia pun fikir yang bahan ni boleh rapatkan hubungan antara satu sama lain. Bukan hubungan sejenis okay. Jangan salah faham pulak. Yang ni kurang musuh dengan orang lain dan hidup die manis je memanjang. Dah senyum memanjang, manis memanjang lah kan. Tak pepasal. 


  • Orang Yang Takde Langsung Dua Dua
Yang ni tak boleh nak salahkan orang tu. Mungkin dia jenis yang tak suka ambik port dengan semua benda ni. Atau mungkin jugak die tu jenis yang dengan dunia dia je. Tu memang tak dapat nak tolong lah kan. Sebab kalau die dah kat dunia dia sendiri, macam mana nak intercept kan. Tu boleh pakat doa die keluar dari dunia dia dan masuk ke dunia nyata lah. Ape pun, tu hak masing-masing. Sebaiknya, jangan lah libatkan kategori orang macam ni bila ada sesi bahan membahan.

  • Orang Yang Suka Membahan Sahaja

Ok, yang nie antara yang akan dipulau hingga kepulauan paling hujung kat dunia. Orang macam nie memang akan mencelah macam mana sekalipun kalau ade orang tengah rancak membahan seseorang. Die akan masuk dan akan pumpangpumpang. Konfem die akan goreng mangsa dengan sesedap rasa. Tapi bile part die kene bahan, mule nak merajuk nak tacing. Aduh, hati tisu betul orang macam ni. Kutuk maki orang bukan main sedap. Kene dekat kau, tarik muke sampai 14 pesen.
 

Sekian sahaja buat masa ini. Semoga berjumpa lagi di masa akan datang.
 




3 comments:

  1. lama xlawat blog ni. :D
    haha, aku baru semalam dok pikiaq nak post entri pasai ni.
    kes indon satu hal dah, pastu ada kes member aku.
    kalau aku post, xpa ka?

    ReplyDelete