Sunday, August 14, 2011

#1 APS


p/s : aku tak sehebat nia..tekan SINI

semangat nihongo masih belum pudar.

Friday, August 12, 2011

duabelas,

sifir kat belakang buku tulis ade sampai sifir 12 je.

angka 12 kebanyakannya boleh disingkatkan menjadi angka 1,

1 dozen = 12 'penjodoh bilangan' , 1 tahun = 12 bulan,

tarikh aku lahir ke dunia ni,

juga tarikh anak en.hailmy lahir ke muka bumi ni,

banyak kenangan yang jadi pada bulan 12 tahun 2010,

lepas 12 tahun baru ada ujian bertulis yang penting,

trip bersepuluh pada 25/12/2010,

aku nak plat motor ke kereta aku nanti angka 12,

jam pon ade sampai nombor 12 je even sehari ada 24 jam,

sebenarnya aku baru perasan istimewa nombor 12 ni.

dah cukup 12 perkara aku tulis,sekian.

jumaat dulu-dulu,

malam jumaat je, mesti jadi kelam kabut. macam-macam nak kene gosok. baju melayu sepasang, samping sehelai. berpeluh jugak lah nak seterika baju sepasang tu. nasib baik songkok tak maen seterika-seterika nie. kalau tak, memang masak la dalam bilik seterika tu.

mase junior, habis je prep malam laju-laju balik dorm. sebab takut bilik seterika penuh. lepas seterika semua, terus tidur. takot kene panggil ngan senior. kang tak pasal-pasal kene beratur panjang semata-mata nak gosok baju senior. tak berbaloi.

tapi selalu jugak la kene kejut. tapi kalau taktik jadi, memang takkan bangun la. kene pandai pilih lah mane nak bangun mane tak nak bangun. silap pilih, kau yang nahas. tapi dulu, memang ade kontrak tetap. jumaat malam ambik baju lepas tu hantar bile dah siap. nasib baiklah baju melayu pakai sekali seminggu je. tak lah penat sangat nak basuh.

pernah jugak aku tido dalam bilik seterika sebab tak nak kene potong line. tapi bangun-bangun je, bilik dah kosong. memang baik punye kawan lah tak kejut. memang empuk simen dalam bilik tu. kalah tilam dorm.

dah gosok kene simpan elok. cari nahas lah kalau gantung kat pintu loker ke kat tingkap ke. esok pagi, memang kau pergi perhimpunan pakai baju sekolah macam hari-hari lain lah. malam jumaat memang byk 'ops samping'. tak sah kalau sehelai tak hilang malam tu. lupe letak mane la, senior suruh cari la. macam-macam alasan. paling best bile rembat tu tak perasan ade tulis nama kat samping. lepas tu kantoi direct dengan tuan dia. mana nak sorok muka??

hari jumaat nie memang hari popular dalam semua hari kat sekolah dulu. hari paling ramai nak pentas. bukan dapat anugerah. tapi sebab tak pakaian lengkap. aku pon pernah sekali sebab samping hilang. memang malu lah dok depan tu. nasib baik sekolah sejenis je. takde lah malu sangat..

tapi ade jugak cara nak lepas dari naik pentas. pakai baju rasmi konon-konon ade hal. kadang-kadang selamat la. tapi ade jugak cikgu suruh yang pakai baju rasmi tinggal kat perhimpunan. mase tu memang gelabah tahap cipan lah. mane lagi kau nak lari? konfem kantoi kalau nak menyelit celah-celah baju putih.

masa khutbah mase untuk tebus balik masa tidur kau. mase tu, memang wirid zikir tak ingat dunia dah. sampai muka cecah lantai. masa junior tak boleh buat sangat sebab kene salin khutbah lepas tu hantar kat bilik pengawas. kadang-kadang aku tido je. lepas solat mase bace doa, aku kutip tiru lah isi-isi kat kawan-kawan. tu la gunanya kawan kan.

masa junior mesti berebut-rebut nak pergi dewan makan. takut sesak dengan senior. lari macam kene kejar anjing dah. tapi dah senior rilek je. jalan slow-slow siap boleh maen kutuk-kutuk lagi. kadang-kadang patah baik sebab makan tak sedap. tapi kalau sedap, memang cari jalan nak dapat lebih lah. biaselah, lumrah manusia.

lepas siap makan, balik tido lah. kalau mase junior, mase bagus nak basuh baju sebab tak ramai lagi orang mase tu. tapi dah naik senior nie, banyak guna mesin basuh je. kadang-kadang guan mesin basuh manual la. biasa la. kat sekolah nie macam kitaran. apa yang kau kene, kau akan buat jugak nanti bile kau dah senior. memang indah jumaat dulu masa sekolah.

notakaki : dulu selalu mintak tolong kawan-kawan nak pakai samping..

Thursday, August 11, 2011

bahasa tubuh,

cute ape tido keluar air liur


ni pengalaman yang biasa kite semua lalu. lagi-lagi budak sekolah asrama. tak kisah la budak sekolah asrama penuh ataupun maktab rendah sains mara.silap-silap boleh jadi pakar lagi. orang laen jadi model pakaian la, ape la. tapi budak asrama jadi model tido boleh la. memang tak boleh sangkal kehebatan tidur budak-budak asrama nie. aku pon tak terkecuali. dan masih terbawa-bawa sampai sekarang. macam-macam skill ade.

SITUASI 1 : BIASA-BIASA

  • tido baring
  • tido meniarap

SITUASI 2 : UNIK

  • tido duduk dalam surau
  • tido duduk atas kerusi,kepala melanguk ke siling
     
  • susun kerusi panjang2 lepas tu tido
  • tido atas meja

SITUASI 3 : LUAR BIASA

  • tidur masa solat subuh
  • tidur masa sujud,tak duduk antara dua sujud
  • tidur berdiri mase perhimpunan
     
  • tidur mase kene denda berdiri kat luar kelas

nie lagi unik nie!!


haaa, banyak kan style-style tidur yang budak asrama praktikkan. yang penting, aku pon tak terlepas dari buat kebanyakan dari style-style di atas. memang lawak lah kalau teringat balik. yang selalu buat masa kat sekolah dulu, tidur dalam surau dengan tidur mase cikgu mengajar. tapi tengok cikgu jugak lah. kene yang garang, memang kirim salam lah kat rase ngantuk tu. kang tak pasal-pasal kene denda, tak pun maki hamun yang memang tak sedap nak buat halwa telinga.

dan yang penting, sampai sekarang aku terbawa-bawa tabiat buruk tu. ya, dalam kuliah pon aku main bantai je tido. tak tau lah masalah genetik ke ape. tapi adik-beradik aku tak macam aku pun. ok je diorang dalam kelas. mungkin lah. tapi ape boleh buat, kalau dah betul-betul mengantuk kan. jawapan paling tepat mestilah tido.

notakaki : tanah merah bakal menjadi macam sarawak..
dengan moto "kurangkan lampu isyarat,tingkatkan penggunaan petrol"

Wednesday, August 10, 2011

#1 WW


Sunday, August 07, 2011

jalan dua,



pagi aku dah sumpah seranah. mane tak nye, dengan JKR buat kerja macam ape. tambah pulak parent yang hantar anak tapi tak reti nak fikir. memang aku hangin la pagi-pagi ni. dah lah ngantok. tak tau lah kalau majlis daerah pon terlibat same. tapi yang penting memang gua hangin sama itu kerja. tak pasal-pasal kereta dengan moto aku punya meter jadi lebih tiap-tiap hari. ini tak boleh dibiarkan. tapi pagi nie memang hangin extra la. tau sebab ape? nie sebab die :

  • nak keluar simpang rumah dah makan lime minit. jalan dua lane jadi satu lane gara-gara buat divider. kot ye pon nak buat divider, jangan la terus tutup satu lane. 
  • lepas traffic light, masuk ikut simpang tiga yg mana kat bucu tu ade sekolah agama. nie bukan masalah sekolah agama ke sekolah ape. jalan dah lah memang muat gitu-gitu je. boleh pulak kau stop tengah-tengah jalan nak antar anak kau. kalau sekejap takpe. nie aku tengok dok men cak-cak, pujuk segala bagai. pffft. 
  • dah sampai depan pintu pagar sekolah jadi lagi. tapi ni lagi best lah. parking tengah-tengah balai, lepas tu masuk antar anak kat dalam sekolah. nasib baik aku bukan belakang kereta tu. kalau tak, aku dah turun pastu tolak kereta die. lantak lah mane arah tuju. pekak telinga aku dengar orang dok horn-horn ni.
  • lepas antar terus balik. ni yang paling aku hangin. diskriminasi perumahan aku ke ape? buat divider, tapi tak buat space untuk masuk lorong perumahan aku. ape kau ke yang isikan minyak kereta aku nak suruh aku pergi buat pusingan u jauh nun di sana? tau la perumahan aku tu ada markas parti pembangkang.

nota kaki : aku tak suke brader jaga pam minyak petronas bahagian motor sebab die tak reti senyum.

Saturday, August 06, 2011

kecil hingusan,


sumber : nia ridzwan


umur berapa korang start puasa? rata-rata dah start sejak dari tadika lagi kan. tapi tak semestinya terus boleh full sebulan mase mula-mula start puasa. setakat terbabas tiga empat hari tu takde hal lah kan. tapi sape yang boleh puasa penuh mase kali pertama die, memang aku tabik lah. bukan senang nak buat perfect kalau first time kan. baek kau bangga kau puasa penuh dari bangga kau boleh wheelie lapan tiang. benda baik tak salah nak dibanggakan selagi bukan tujuan kau nak riak.

ramadhan masa aku kecik memang banyak cerita dan fakta-fakta menarik. aku mula puasa umur lima tahun. ade la dua tiga hari yang terkucil sikit. yang tak sengaja dan ade jugak yang disengajakan. sumpah best mase mula-mula puasa. mungkin mase umur tiga empat tahun, aku tak faham lagi ape puasa tu. macam aku fikir macam mana nak guna kad atm. bace sendirilah serba sedikit trivia puasa mase kecilku. =)

Yang Best :
  • dekat tadika bising-bising cakap aku puasa hari tu
  • ma abah pujuk macam-macam bila cakap nak bukak puasa
  • petang lompat-lompat nak pergi bazar ramadhan
  • masa tarawikh diam kejap je, cari kawan bile dah start rakaat ke-3
  • abis tarawikh, abah bawak pergi minum kat kedai

Yang Kurang Enak :
  • susah nak tahan bile perut dah start marching
  • pernah terlupa tengah puasa, tapi bile dah tringat sambung je makan ( geleng kepala ma aku )
  • pernah nak tumbuk kawan sebab makan depan aku ( menunjuk-nunjuk pulak tu )
  • usik kawan sampai nangis ( cakap sape tak puase, tak boleh raya )

 p/s : saya budak baru belajar, tolong bagi tunjuk ajar.